TERIMA KASIH TEMAN
Sebak rasa hati
Kala membaca bait puisimu..
Beberapa kali kuseka air jernih
Yang bertakung di kelopak mata
Agar tidak tumpah
Membasah pipi yang kering
Namun ia jatuh jua..
Dek tak tertahan menanggung rasa..
Terima kasih sahabat
Atas doa dan perhatianmu.,
Sudi dan mahumu
Prihatin dan sediamu
Aku hamba yang lemah
Tidak sedikit
Semoga aku diberi kekuatan
Untuk menempuh apa jua ujian
ULASAN JJKK : Sedang menanti penuh debaran
# Tahniah atas kejayaan dan pencapaian nya..
# Senang menatap wajahmu yang bahagia...
# Jaga dia B.. kerana dia telah menjagamu..
# Minggu depan temu janjiku.. semoga ada jalannya...
# Aku takut B..
No comments:
Post a Comment