dalam ku jejaki kehidupan... di hentian ini ku temui kedamaian... by-ran73.blogspot.com
Friday, 12 December 2014
APA2 SAJA 51
ULASAN JJKK : Andai itu mau mu...
* Kau tetap ada di satu sudut, di lubuk hatiku yang paling dalam dan takkan bisa disentuh oleh sesiapa...
* Rindu dengan jenakamu..
* Aku tetap menjadi penanti yang setia...
Wednesday, 3 December 2014
APA2 SAJA 50
ULASAN JJKK : HANYA INI YANG AKU MAMPU
* Akukah penawar itu sedang ku tahu racun itu adalah aku..
* Sangat terasa perubahan pada dirimu... aku rindu kau yang dulu..
* Agak terkilan.. kunanti kata-katamu di pertama Disember seperti selalu.. mungkin kau sudah melupakanku...
Sunday, 9 November 2014
APA2 SAJA 49
ULASAN JJKK : UNTUK KAMU SAHABAT KEKASIH ABADI...
* Amat terasa kehilangan mu... rindu menyesak dada...
* Mungkin kamu sudah melupakanku di sini...
* Menanti kemunculanmu BL, sepertinya mengharapkan kehadiranmu didekatku... sangat menyiksakan....
* Doakan aku berjaya dalam perjuanganku...
Saturday, 8 November 2014
Monday, 27 October 2014
APA2 SAJA 47
Cara Menghapuskan Rasa Cinta Pertama Yang Menghantui Diri

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.
Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.
Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?
Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?
Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.
Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.
Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?
Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.
Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”
Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.
Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.
Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.
Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.
.
Tidak lagi mahu diganggu bayangan wajahnya
Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.
Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu. Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.
Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.
Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.
Tuliskan diatas sehelai kertas..
Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.
Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalamkekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.
Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.
Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?
Melupakan Kebaikan si dia..
Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih. Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.
Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.
Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.
Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.
Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.
Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.
Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.
Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.
Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.
Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.
Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.
Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita. Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.
Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.
Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan. Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.
Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.
Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.
.Jangan membatasi diri pada satu nama
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan. Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.
Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.
Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’
Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.
Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.
Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. Antaranya:
Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality
Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?
Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?
Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?
Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.
Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.
Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.
Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.
Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.
Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Tegakkan kepala
Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!
Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.
Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)
ULASAN JJKK : SEDAYA UPAYA UNTUK MELUPAKANMU.... SUNGGUH AKU TAK MAMPU....
Wednesday, 27 August 2014
Monday, 28 July 2014
Sunday, 20 July 2014
APA2 SAJA 44
ULASAN JJKK : YA ALLAH, PANJANGKANLAH UMUR SAHABATKU, MURAHKANLAH REZEKINYA, BERILAH KEBAHAGIAAN BUATNYA DAN SEISI KELUARGANYA..
Sunday, 29 June 2014
APA2 SAJA 43
BUAT SAHABATKU..... DI SETIAP CERUK DUNIA..
ULASAN JJKK : UNTUK DIA, DIA DAN DIA YANG BERGELAR SAHABAT....
Friday, 27 June 2014
APA2 SAJA 42
# Alhamdulillah... result dah dapat.
# Semoga dia, dia dan dia juga berjaya...
# Hari ni terbang lagi dan memulakan sem yang baru... semoga aku lebih kuat dan tabah... dan dia juga..
Wednesday, 25 June 2014
APA2 SAJA 41
Muliakanlah diriku dan orang yang membaca pesanan ini
Lapangkanlah hatiku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
Jauhkan kami dari segala Penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar
Jauhkan kami dari segala musibah
Terimalah semua amal ibadahku dan amal ibadahnya
Kelak, jadikanlah diriku dan dirinya sebagai penghuni Syurga Mu...
Amin...
ULASAN JJKK : Untuk aku, dia, dia dan dia....
Friday, 23 May 2014
APA2 SAJA 40
ULASAN JJKK : DOAKAN AKU SIHAT..
# Jaga kesihatan sahabat.. makan, tidur, rehat, ibadah.. semua mesti cukup...
# Semalam masuk emergency ward... sakit kepala yang amat sangat..
# Ditahan selama 7 jam bagi memulihkan keadaan... drip n medicine..
# Hari ni kena terbang lagi sebab esok exam... mudah2an Allah permudahkan..
# Doakan aku sahabat.....
Tuesday, 20 May 2014
APA2 SAJA 39
Sahabat....
Berat benar apa yang kau tanggung..
Sakit benar apa yang kau dukung...
Sedang aku hanya bisa memerhati
Kerana aku tak mengerti..
Beban apa yang kau uliti...
sesungguhnya aku bukan sahabat sejati...
Aku ingin memahami....
Tapi tiada yang nak berkongsi..
Aku ingin memahami...
Tapi tiada yang nak memberi...
Aku ingin memahami...
Tapi tiada yang nak mempercayai...
Ah... siapalah aku...
Hatiku, hatimu..
sama dimiliki...
diriku, dirimu...
sama dipunyai...
tak perlu berkongsi..
SEKIAN... TERIMA KASIH...
ULASAN JJKK : Sekadar cerita dongeng ........
Friday, 16 May 2014
APA2 SAJA 38
# Ingin mencipta puisi sepertimu, tapi aku tak mampu...
# Ingin dekat denganmu, tapi aku tak mampu..
# Ingin bicara bersamamu, tapi aku tak mampu..
# Ingin minta bantuanmu, tapi aku tak mampu..
# Aku hanya mampu mengintaimu dari tirai mentari di kaki langitmu..
# Aku doakan semoga kamu beroleh kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan hidup...
# SELAMAT TINGGAL SAHABATKU...
Tuesday, 29 April 2014
APA2 SAJA 37
ULASAN JJKK : CURIOUS... APA SEBENARNYA YANG TERJADI TERHADAPMU...
# Maaf kiranya aku penyibuk...
# Sekadar ingin tahu....
# Tertanya-tanya..
# Biarpun tiada kena mengena dengan ku... pastinya tentang dirimu...
Monday, 28 April 2014
APA2 SAJA 36
ULASAN JJKK : Terima kasih atas doamu...
# Alhamdulillah.. aku dah ok sekarang...
# Lama tak nampak dalam FB.. aku tunggu BL..
# April dan Mei... bulan sibuk sedunia.. tapi masih sempat menghantar berita.. aku harap kamu pun begitu juga...
Tuesday, 22 April 2014
APA2 SAJA 35
# nak habaq aku kena langgar semalam, time beli makanan untuk berbuka..
# Alhamdulillah kereta saja yang teruk, kepala aku benjol
# doakan aku sahabat..
# bidasari...
Monday, 14 April 2014
APA2 SAJA 34
SABAR
SABAR ITU SAKIT
SABAR ITU LETIH
SABAR ITU EMOSI
SABAR ITU SUSAH
SABAR ITU PAYAH
Namun
SABAR ITU INDAH..
Bila indahnya??
SABAR SAJA TAH...
ULASAN JJKK : ORANG SABAR DISAYANG ALLAH
# Sabar sahabat..
# aku suka KL 257 tapi tak berapa suka dengan KL 258..
# pergilah ke taman yang tiada larangan dan halangan buatmu, agar kamu bisa terbang , hinggap dan berteduh di mana saja dan bila2 masa yang kamu inginkan..
# Usah dikembalikan kenangan yang dulu... biarkan ia tertanam di kalbu ...
Thursday, 3 April 2014
APA2 SAJA 33
ULASAN JJKK : SABARKAH AKU... BERANIKAH AKU...?????
# Dalam kesibukan menyiapkan assignment
# Menanti hari esok.... pagi @ hospital - petang @ terbang lagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.
# Fikiran bercelaru .. hati tak menentu...
Wednesday, 2 April 2014
APA2 SAJA 32
ULASAN JJKK : KAMULAH SAHABATKU.....
# Aku nak post awal.. tapi ada orang tu lebih awal daripada aku...
# Sedap lagu tu.. mcm pizza yang aku makan ni...
# Senyum selalu...
Monday, 31 March 2014
APA2 SAJA 31
ULASAN JJKK : SEMOGA KEKUATAN ITU MEJADI MILIKKU
# Bersedia dengan segala kemungkinan..
# Salah dan khilaf masa lalu jadikan pengajaran.... aku pun sama
# Tetap merindui BL... walau dia hanyalah seorang sahabat... kini dan selamanya...
# Sekian, terima kasih...
Friday, 28 March 2014
APA2 SAJA 30
TERIMA KASIH TEMAN
Sebak rasa hati
Kala membaca bait puisimu..
Beberapa kali kuseka air jernih
Yang bertakung di kelopak mata
Agar tidak tumpah
Membasah pipi yang kering
Namun ia jatuh jua..
Dek tak tertahan menanggung rasa..
Terima kasih sahabat
Atas doa dan perhatianmu.,
Sudi dan mahumu
Prihatin dan sediamu
Aku hamba yang lemah
Tidak sedikit
Semoga aku diberi kekuatan
Untuk menempuh apa jua ujian
ULASAN JJKK : Sedang menanti penuh debaran
# Tahniah atas kejayaan dan pencapaian nya..
# Senang menatap wajahmu yang bahagia...
# Jaga dia B.. kerana dia telah menjagamu..
# Minggu depan temu janjiku.. semoga ada jalannya...
# Aku takut B..
Monday, 24 March 2014
APA2 SAJA 29
# Maaf kerana aku telah tersalah anggap...
# Nak kongsi agar beban ini sedikit ketepi..
@ blooding yang berpanjangan
@ jumpa doc, scan, detected 2 cyst
@ refer specialist - mungkin ada masalah lain
# Sahabat, tolong doakan aku yea..
# YA ALLAH... BERIKAN AKU KEKUATAN. .
Thursday, 20 March 2014
APA2 SAJA 28
# Terharu dengan ucapan dan ingatan mu terhadap aku..
# Sedikit ralat dengan kata2mu yang penuh dengan kesibukan..
# Sesibuk mana pun kamu, ingat diri.. jaga kesihatan..
# Andai dah tak perlu , block saja sekiranya mau.. aku tiada halangan.. kerana aku sadar siapa aku...
# Terima kasih...
Thursday, 27 February 2014
APA2 SAJA 27
ULASAN JJKK : TAK TAU NAK LETAK APA.. TEMPEK YANG NI JE LAH...
# Kamu lah insan degil yang pernah aku jumpa...
# Tak nak aku ucap orang tu tue lagi.. tak pasal2 aku kena marah.. kata kurus kering boleh tak? Jangan senyum...
# Jangan selalu digigit lidah tu.. karang putus.. macamana nak sembang ngan aku....
Monday, 24 February 2014
APA2 SAJA 26
ULASAN JJKK : MOHON MAAF SAHABAT.....
# Andai aku penyebab sengketa, antara kau dan dia.... aku mohon ampun dan maaf
# Belajar mengerti erti kehilangan....
# Tolong jangan cari aku lagi... andai aku pemusnah segalanya....
# Semoga kamu berjaya...
Wednesday, 19 February 2014
APA2 SAJA 25
ULASAN JJKK : NAK UCAPKAN HAPPY BIRTHDAY LAGI... BOLEH TAK?
# Maaf, bukan tua, lama sikit je..
# Perlu kamu sekarang...
# Banyak sangat benda nak dikongsi bersama...
Monday, 17 February 2014
APA2 SAJA 24
ULASAN JJKK : Untukmu sahabat yang aku sayang...
# Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku ini, berikanlah kesihatan yang baik buatnya, limpahkanlah rezekiMu untuknya, bahagiakanlah ia bersama keluarganya....
# Inginku utus sekeping kad hari lahir buat mu, seperti yang pernah kulakukan dulu... tapi aku tak mampu.. Maafkan aku yea sahabat..
# Biar usia meningkat, gagahkan diri dan hati untuk meneruskan perjuangan..
# Dah tuee ek? Hii...
# Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku ini, berikanlah kesihatan yang baik buatnya, limpahkanlah rezekiMu untuknya, bahagiakanlah ia bersama keluarganya....
# Inginku utus sekeping kad hari lahir buat mu, seperti yang pernah kulakukan dulu... tapi aku tak mampu.. Maafkan aku yea sahabat..
# Biar usia meningkat, gagahkan diri dan hati untuk meneruskan perjuangan..
# Dah tuee ek? Hii...
Saturday, 15 February 2014
Saturday, 25 January 2014
APA2 SAJA 22
ULASAN JJKK : Aku bukan seorang penulis yang bagus sepertimu, yang bisa meluahkan apa yang terbuku di kalbu...
# Tidak pernah terlintas difikiranku untuk memutuskan tali silaturrahim antara kita...
# Ingat... apa yang telah Allah taqdirkan untuk kita adalah yang terbaik... walaupun itu bukan yang kita mahu... nanti, satu hari, kamu kan tau hikmahnya...
# Mengapa kini kau sukar untuk melupakanku, sedangkan dulu mudahnya kau mencampakkanku....
# Tapi ... walau apapun.... aku kan sentiasa ada di saat kau perlukan aku... melalui doaku...
Thursday, 23 January 2014
APA2 SAJA 21
ULASAN JJKK : Sekadar mengisi ruang yang terbatas.....
# Aku doakan kau mampu menempuh apa jua cabaran dan dugaan yang datang..
# Ingat.. kau teman aku, sayangi aku jangan berlebih, rindu aku jangan terlalu.. kerana kita hanyalah sahabat yang kini terpisah...
# Andai kita boleh seperti dulu.... seperti mulanya aku kenal kau di alam maya ini.. mungkin kita tak kan setegang ini..
Thursday, 16 January 2014
Wednesday, 8 January 2014
APA2 SAJA 19
ULASAN JJKK : Puisi untuk sahabat....
# Mencari dan tercari-cari..
# Hilang dan menghilangkan diri...
Thursday, 2 January 2014
APA2 SAJA 18
ULASAN JJKK : Lama juga aku tak update blog aku ni.. macam tak ada semangat nak membuatnya.... Sempena tahun baru ni, nak rajin2 lah sikit.. tapi buat setempek macam ni x de hal kan...hii...
# Sahabatku.. aku doakan semoga dirimu sihat dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna dan semoga berjaya...
# Nak tahu sangat apa yang berlaku terhadapmu sepanjang tahun ni... (macam dah lama rasanya aku ditinggalkan...)
# Maafkan aku sahabat.. aku tidak pernah terniat untuk memperdayakanmu... dan aku merasa berdosa kerana membuatkanmu tidak berdaya...
# Kuatkan semangat.. tekadkan azam... semoga kita sama2 berjaya..
Subscribe to:
Posts (Atom)